"I don't update everyday tho, i write whenever the mode comes." - Sakinah








Hello and welcome to my blog. I'll just share my own stories that i think it will be fine to shared here. Too busy to update everyday or i can say that maybe im to shy to share my honest thought. Feel free to be here. Thanks for the visit.
NETWORK



CONTACT ME

You guys can contact me in my social media! If you have anything to ask can ask me here, you guys can comment anything about my entry there too.

RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES

» friend.
» friend.
» friend.
» friend.
» friend.
» friend.
» friend.


Pengalaman : Hari Keputusan SPM 2016
Monday 17 April 2017 at 18:08
Assalamualaikum 
Pengalaman saya sebelum & semasa mengambil keputusan SPM 2016  & tips untuk menghadapi hari keputusan spm.

PENGALAMAN MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM 2016 
DOA UNTUK SPM 
TIPS HADAPI HARI KEPUTUSAN SPM

Semua pelajar spm 2016 dah banyak melalui cabaran dgn soalannya yg merepek dan format pun lain mcm and paling sakit hati soalan bocor ngan yg target semua tak keluar pastu sejarah takde soalan kbat. Kenangan manis tu. Tapi kami dah pun berjaya melepasinya. Sis redha je mase jawab tu. Hehehe. Mase jawab akaun paling tragedi. Susah gila paper akaun 2016. Memang menyesal gila amek akaun. Keluar dewan mmg muka masing masing stress je. Bayangkan budak paling pandai pun kata susah. Habis aku? 

Last day SPM kami mmg happy gila gila lah. Ade yg baling kertas, conteng baju lah. Kami pulak selfie ngan geng . Last paper kimia paper 3 tu saya dah siap awl,  siap listkan drama korea yg nak tngok  Mmg belum fikir psl result kan. Macam lama lagi. Lps spm tu ade yg terus belajar kereta, ada yg cari kerja. Cm syafiqa kerja kilang, Tash kerja jd cikgu tadika dan yg lain mereput kat rumah.

Tepat sebulan sebelum result saya dah start takut. Dengan saya yg tolong ayh jaga kedai runcit ramai customer tanya.  Bila result?  Target bape?  Mesti mcm akak ni, Alah budak tun habab pandai. Memang tambahkan rasa takut je. Sibuk je. Dri tu mula lah hari2 pikir bukan2.  Mimpi dua tiga kali result spm. Mimpi dapat 4A lah 6A lah. Mmg nervous tau. Sbb ayh pesan kalau result teruk kawin je tak yah sambung study. Makin dekat makin mcm nak tercabut jantung. Tidur tak lena. Fikir negatif je. Hmmm mmg semua org mcm tu kot. 

Last day SPM 2016 ( Myself, Syafiqa, Dayah, Najwa and Ryha)
Mak Jemah 

Last2 kene hadapi jugak. Dupdapdupdap akhirnya16.3.2017 tarikh result spm 2016. Mula mula 2.3.17 tapi ditangguhkan sbb mesin rosak. Pagi nak pegi sekolah tu mak ngan ayh dua dua nak ikut. Tpi mmg sorang je boleh sbb nak jaga kedai kan. Ayh pulak mmg selalu over confident sikit. Selalu hrpkan yg tinggi je. Nak 10A  Jd saya takut kecewakan ayh pulak kalau ayh yg ikut. Jd saya pujuk mak saya ikut.

Pagi tu lah baru nak cari baju lah tudung lah. Sbb saya mmg belum bersedia. Langsung tak prepare apa apa. Takdenya nak lawa lawa. Sapu bedak baby sikit je dah. Pastu dah sampai pukul 10 tu nampak lah kawan kawan lain gi borak jp. Ada kawan yg tak nak dekat. Mmg mcm tu. Nervous kan. Kene bagi privasi. Maybe dia tengah berzikir ke kan utk tenangkan hati.

 Detik yg tak ditunggu tunggu. Nervous nauzubillah. Mcm nak pecah jantung. Tangan semua dah sejuk. Terbayang bayang wajah ibu dan ayh yg menghrp. Muka cikgu cikgu pulak masam je. Then pengetua bentangkan result. Semua subjek menurun. Merosot. Dengar semua yg negatif je. Mmg down gila gila lah. Dah xde semangat. Sampai xde sorang pun yg straight A+ biase msti ade sorang dua yg straight A+. Ni tak straight A pun 2 org je. Lps tu cikgu panggil pelajar cemerlang utk ambik result kat pentas.  Nama saki tak tersenarai. Mmg dah sedih gila. Lps tu beratur nak ambik result. Tiba2 muncul pulak ayh tinggalkan kedai kat pak cik. Ambik je slip terus kira ade bape A. Saya ambik 10 subjek. Alhamdullilah result masih dlm target. Terus buat drama kat dewan tu nangis, peluk mak & ayh. Peluk pulak Syafiqa dgn yg lain. Terus ayh bawak gi makan. Telefon pulak mmg berbunyi je lah. So for those yang mimpi bukan bukan result teruk ke tu janganlah putus usa. Teruskan berdoa.


Doa untuk kejayaan dalam result SPM


Jadi korang yg nak ambik result tu banyak banyaklah berdoa.
1. Setiap waktu tu lps solat doa utk kejayaan dlm spm.
2. Setiap kali azan, korang berdoa. Mmg waktu-waktu mustajab untuk doa diterima Allah.
3. Doa ketika hujan
4. Doa ketika sujud dalam solat.
5. Doa ketika berpuasa.
6.Doa pada hari jumaat.
7. Banyakkan solat dhuha
8. Solat hajat & solat tahajud
9.Doa antara azan dan iqamah. Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam
الدعاء لا يرد بين الأذان والإقامة
“Doa di antara adzan dan iqamah tidak tertolak” (HR. Tirmidzi, 212, ia berkata: “Hasan Shahih
10. Alfatihah selepas solat magrib ( Jangan gerak dari sejadah )

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi di dalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’:“Sesiapa yang mempunyai hajat, sebaiknya ia membaca surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali selepas solat Ba’diyah Maghrib, kemudian sampaikanlah permohonan hajatnya itu kepada Allah SWT.”


Persediaan sebelum terima result SPM

1. Solat dhuha pagi tu
2. Restu mak ayah, adik beradik.
3. Sarapan dan buang isi perut anda ( Kang masa nak ambik result lah nak cari bilik air)
4. Berzikir untuk tenangkan hati.
5. Berbual dengan rakan dan guru
6. Fikir positif

Kita sudah berusaha semasa menjawab spm jadi sekarang kita perlu memohon pd Allah utk beri kita kejayaan Semoga mendapat keputusan yg cemerlang ye

Dulu aktif blogging ni sekarang dah delete semua post :) T
akpelah post lama semua childish sgt, maulu dgn diri sendiri !!  Lama tak update, tak tau lah ada org baca lagi tak. Takpe saya pun sekadar catat memory saya. 

Labels:






N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by Fluerica.
Do you know ?Honesty is the best policy in life